My Blog List

Sunday, 3 January 2016

Hari pertama ke sekolah

Assalamualaikum ....

Hari ni hari pertama dalam hidup hantar anak ke sekolah. Keterujaan terasa bila seawal 4.30 pagi bangun untuk buat persiapan family hari ni.
5.30 padi Nida dah bangun sendiri. Dia sangat seronok walaupun semalam x dapat tido sebab excited nak jumpa kawan esoknya.
7.30 sampai ke sekolah dan dia happy dan tidak kekok untuk sesuaikan diri dengan keadaan persekolahan yang sebenar. Sebelum ni sekolah MILO jer...
Semoga anakku istiqomah selalu dan mendapat keberkatan ilmu di dunia dan di akhirat. Insha Allah. Bismillahhitawakkal tualalllah. Ya Allah kuserahkan anakku dalam jagaanMU kerana aku tidak dapat melihatnya setiap detik dan saat dia melalui hari-hari persekolahannya.
Semoga ceria selalu anakku..dan menjadi insan yang solehah.